Sebenarnya perbincangan mengenai topik ini susah untuk dijelaskan dalam bentuk tulisan ringkas ini. Namun harapnya sedikit dapat membantu orang yang bertanya. Ini mungkin hanya 1% peratus daripadanya sahaja.
Masalih al-mursalah
Secara ringkas masalih al mursalah bolehlah diistilahkan sebagai penetapan hukum yang tidak dinyatakan oleh al-Quran, sunnah dan ijmak tetapi
berdasarkan pertimbangan menarik kebaikan dan menolak keburukan dalam kehidupan
masyarakat.
Antara
contohnya ialah harus bagi pemerintah yang adil mewajibkan orang-orang yang kaya
untuk mengeluarkan sejumlah wang yang ditetapkan bagi menambah tentera dan
alat-alat keperluan perang untuk mempertahankan Negara jika wang perbendaharaan
tidak mencukupi untuk membayarnya. Ini adalah merupakan masalih al-mursalah
kerana tidak ada suatu dalil yang khusus menegaskan atau melarang perbuatan itu
bahkan ia merupakan usaha yang baik dan mendatangkan kepentingan awam kepada
masyarakat iaitu dengan angkatan tentera yang kuat dapat dipertahankan
masyarakat dari ancaman musuh.
Contoh
hukum-hukum yang dibina berasaskan maslahah antara lain ialah mengumpulkan
al-quran dalam satu mushaf oleh Abu Bakar, mewujudkan penjara, diharuskan mengambil cukai daripada orang yang kaya
selain dari zakat apabila kepentingan negara memerlukannya bagi membangun
kekuatan tentera atau menbina keperlua-keperluan dan kemudahan
asas.
Istihsan dari segi bahasa ialah menganggap sesuatu itu baik atau sesuatu yang disukai oleh seseorang serta cenderung ke arahnya sekalipun dipandang buruk (tidak disukai) oleh orang lain.
Hukum syarak menegah melakukan akad atau jual beli terhadap barangan yang tidak ada pada waktu akad. Berdasarkan Istihsan, harus akad pada jual beli saham, sewa menyewa, upah mengupah atau membuat tempahan atau semua bentuk urusan barangan yang tiada pada waktu akad. Hujah dan alasan penggunaan istihsan adalah kerana manusia memerlukan dan sudah menjadi kebiasaan mereka menjalankan urusan dengan cara tersebut.
Istishab pula ialah sesuatu keputusan yang dibuat oleh ulama mujtahid dalam sesuatu perkara yang telah dikaji daripada al-Quran dan al-Sunnah setelah mereka tidak menemui sesuatu dalil pun yang boleh mengubah hukumnya. Dalam keadaan tersebut, ulama mengekalkan sesuatu hukum itu dengan berasaskan hukum yang telah sedia ada kerana tiada sebarang dalil pun yang dapat mengubah hukum tersebut.
Contoh
Air pada asalnya adalah bersih dan dihukum bersih dan suci kecuali terdapat tanda-tanda yang menunjukkan air tersebut dikotori najis seperti berubah bau,warna atau pun rasa.
Diringkaskan seringkas mungkin untuk memberi sedikit kefahaman kepada yang bertanya. Seperti yang saya katakan di atas, info ringkas ini hanya mungkin mewakili 1% daripada perbincangan sebenar.
Namun diharap, ia membantu walaupun sedikit.