HPA turut menjual ayam organik untuk kegunaan para pengguna.
Antaranya yang diuruskan oleh HPA FARM SDN.BHD yang beralamat ;
Pusat Proses Ayam(PPA) Kodiang
Batu 5 3/4 Jln Kodiang Changlun,
06100 Kodiang, Kedah.
No. Tel : 04-9257741
Fax : 04-9257736
Lokasinya terletak di Batu 5 3/4 Jalan Kodiang Changlun. Jika dari pekan Changlun jaraknya lebih kurang 9 kilometer.
Jika dari Arau Perlis, anda perlu membelok ke kiri apabila sampai di satu-satunya lampu isyarat di pekan Kodiang. Jarak kilometernya adalah seperti di atas dan pusat tersebut terletak di sebelah kiri jalan. Jika anda dari Jitra bermakna anda perlu membelok ke kanan apabila sampai di lampu isyarat tersebut.
Jika dari pekan Changlun, mercu tanda utama ialah lampu isyarat berhampiran dengan restoran 24 jam iaitu Restoran Five Star dan juga Pasaraya Awang.
Dari Bukit Kayu Hitam, anda perlu membelok ke kanan, dari Jitra anda perlu membelok ke kiri dan jika dari Sintok anda hanya perlu jalan terus apabila tiba di lampu isyarat tersebut sehinggalah sampai ke lokasi yang dimaksudkan. Seperti yang dinyatakan di atas, jaraknya lebih kurang 9 kilometer. Pusat tersebut terletak di sebelah kanan jalan menuju pekan Kodiang.
Jika anda melalui jalan ini, akan menemui Pusat Matrikulasi Kedah yang terletak di sebelah kiri jalan kira-kira 1 kilometer dari pekan Changlun.
Salam perkongsian.