Sunday, January 2, 2011

Pemanasan Global







Perubahan cuaca yang ekstream, yang ada kaitan dengan fenomena cuaca luar biasa, kawasan pesisir pantai yang semakin terancam, pencairan glasier, peningkatan kandungan asid di dalam air laut, gelombang panas dan perubahan tabii haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah tanda-tanda amaran pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil yang berlebihan untuk menghasilkan tenaga menyebabkan peningkatan pelepasan karbon dioksida ke atmosfera yang turut menyumbang kepada pemanasan global.

Keadaan persekitaran kita semakin berubah ke tahap yang lebih teruk. Walaubagaimanapun, situasi ini boleh diperbaiki sekiranya setiap individu peka dan prihatin terhadap isu pemanasan global yang sedang melanda dunia dengan mengamalkan amalan mesra alam bagi menjamin kelestarian alam untuk generasi akan datang.

Rujukan ;
1. Buku kecil Amalan Mesra Alam yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Salam perkongsian.