Sunday, January 2, 2011

Glosari Alam Sekitar







1. Bahan Buangan Organik/Organic Waste
Bahan yang mengandungi sebatian karbon dan disingkirkan sebagai bahan buangan. Sebagai contoh bangkai haiwan dan sisa tumbuh-tumbuhan.

2. Biodegradasi/Biodegradable
Diuraikan dengan mudah oleh organisma seperti bakteria atau proses semulajadi seperti kesan lautan dan sinaran matahari.

3. Karbon Dioksida/Carbon dioxide(CO2)
Gas atmosfera yang tidak berwarna, tidak berbau dan tidak mudah terbakar. Ia digunakan semasa fotosintesis dan dibebaskan semasa pernafasan aerobik.(Formula kimia : CO2)

4. Oksigen/Oxygen(O2)
Gas yang tidak berwarna dan tidak berbau serta penting kepada kehidupan manusia. Ia meliputi 21% daripada atmosfera bumi.(Formula kimia : O2)

5. Ozon/Ozone(O3)
Ozon adalah molekul triatom yang terdiri daripada 3 atom oksigen. Ia membentuk lapisan ozon di atmosfera dan penting dalam kehidupan kerana ia menghalang sinaran ultra lembayung(UV) yang berbahaya daripada sampai ke bumi.(Formula kimia : O3)

6. Kloroflorokarbon/Chlorofluorocarbons(CFC)
Kloroflorokarbon ialah sebatian yang terdiri daripada klorin, florin dan karbon. Ia digunakan sebagai bahan dorong dalam penyembur aerosol, pembuatan plastik, bahan penyejuk dalam peti sejuk dan penyaman udara dan sebagai bahan pelarut. Penggunaannya telah diharamkan oleh 'Montreal Protokol' kerana kesannya terhadap lapisan ozon.

Rujukan
1. Buku kecil Amalan Mesra Alam yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Salam perkongsian.