Di manakah zon senaman anda?
Zon 1 Jantung Yang Sihat
- Kadar denyutan jantung maksima 50-59%
- Jika anda baru bermula dan tidak pernah melakukan senaman dalam jangka masa yang panjang serta ingin mempertingkatkan tahap kesihatan tubuh, mengurangkan berat atau mengurangkan tekanan, anda perlu menjalankan senaman pada tahap ini.
Zon 2 Pengurusan Berat
- Kadar denyutan jantung maksima 60-69%
- Jika anda bersedia untuk bersenam secara tetap dan konsisten untuk mengurangkan lemak dalam badan, anda perlu berada di dalam zon ini.
Zon 3 Aerobic
- Kadar denyutan jantung maksima 70-79%
- Jika anda ingin mempergiatkan lagi aktiviti senaman anda ke peringkat yang lebih tinggi.
Zon 4 Anaerobic
- Kadar denyutan jantung maksima 80-89%
- Pada tahap ini aktiviti senaman dilakukan dengan lebih giat.
- Senaman pada tahap ini adalah untuk mendapatkan tahap kesihatan yang paling tinggi dan tidak seharusnya dilakukan oleh mereka yang mempunyai masalah kesihatan.
Zon 5 Red Line
- Kadar denyutan jantung maksima 90-100%
- Hanya untuk atlet profesional yang berkecimpung di dalam aktiviti kesukanan secara sepenuh masa sahaja.
Dipetik dari Majalah Wanita dan Keluarga Oktober 2006. Muka surat 91.
Salam Perkongsian.