Wednesday, April 13, 2011

Pangkat Jeneral

JENERAL ialah pegawai tentera yang berpangkat tinggi. Istilah itu digunakan oleh hampir semua negara di dunia dan dengan sendirinya sebagai satu pangkat ataupun sebagai istilah am untuk "pegawai-pegawai jeneral".

Pangkat Jeneral Di Malaysia

Di Malaysia, Panglima Tentera Darat ialah seorang pegawai tinggi berpangkat Jeneral. Begitu juga untuk Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM).

Sekiranya Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilantik dari Tentera Darat atau TUDM, maka beliau juga bertaraf empat bintang iaitu berpangkat Jeneral.


Setakat ini, dua kali Panglima ATM dilantik selain dari Tentera Darat, kali pertama pada April 2005 hingga Januari 2007 apabila Laksamana Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dari Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) menjawat jawatan itu. Kali kedua ialah Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, TUDM di lantik pada Ogos 2009 dan sehingga kini.

Lambang Jeneral

Lambang di bahu Jeneral mengandungi susunan mahkota, empat bintang dan keris bersilang dalam kalungan padi.

Aturgerak Angkatan Tentera Malaysia

Semenjak penubuhannya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diaturgerak dalam berbagai-bagai konflik dan pertempuran. Bermula dengan Perang Dunia Kedua, ATM seterusnya berkhidmat ketika Darurat bagi menghapuskan ancaman komunis.

Darurat berakhir pada tahun 1960 manakala insurgensi komunis tamat pada 1989. Pembetukan Malaysia pada 1963 mendapat tentangan Indonesia dan mencetuskan Konfrontasi Indonesia-Malaysia.

Konfrontasi berlarutan sehingga 1966 apabila Sukarno digulingkan. Bermula pada 1960 juga ATM mula menyertai misi-misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sehingga kini, ATM telah menyertai tidak kurang dari 15 misi antarabangsa di bawah panji-panji PBB.

Disalin dari ruangan Tentera Mega UM, bertarikh 26 Januari 2011, halaman 31.