Friday, April 15, 2011

Apakah Mabuk Udara dan Bagaimana Ia Berlaku?

Mabuk udara atau rasa tidak selesa semasa menaiki pesawat terbang adalah perkara biasa bagi mereka yang sihat.

Mabuk udara berlaku apabila sistem saraf menerima mesej berlainan daripada badan termasuk dalam telinga, mata dan otot serta mengganggu keseimbangan badan.

Bahagian dalam telinga adalah penting dalam mengekalkan keseimbangan kerana ia mengandungi deria bagi kedua-dua sudut dan pergerakan.

Mabuk udara biasanya adalah gabungan rasa pening, loya dan muntah.

Kajian yang dijalankan mendapati monyet yang dibuang sebahagian serebelum iaitu nodulus vermis tidak menghadapi masalah mabuk laut.

Tanda-tanda mabuk udara adalah loya, muntah, kurang selera makan, berpeluh sejuk, sakit kepala dan letih berpanjangan.

Mabuk udara yang berterusan akan menyebabkan seseorang tidak berdaya.

Dipetik dari Majalah Estidotmy Oktober 2008. Halaman 18.