Tuesday, May 3, 2011

Senaman Mudah Kuatkan Tenaga Batin

Anda boleh amalkan petua di bawah.

Duduk bersila, kemudian perlahan-lahan buka sila anda lalu temukan kedua belah tapak kaki anda.

Pegang hujung kaki anda dengan kedua belah tangan dan tarik perlahan-lahan kedua belah tapak kaki itu ke dalam. Tariklah setakat mana yang boleh, apabila terasa sakit berhenti jangan teruskan kerana merbahaya.

Amalkan sehingga kedua-dua tumit anda dapat diletakkan di bawah buah zakar. Ini sudah tentu memakan masa lama. Jangan tergopoh gapah kerana senaman mudah ini memang memakan masa.

Lakukan setiap hari, anda tarik setakat mana yang boleh, apabila berasa sakit anda berhenti dan tekankan kedua belah kepala lutut anda supaya rapat ke lantai. Mula-mula melakukannya memang terasa sakit tetapi lama-kelamaan anda akan tahu hasilnya.

Biasanya anda memerlukan dua bulan atau 40 hari untuk merapatkan kedua-dua tumit anda sehingga boleh mengalas buah za***. Apabila anda sampai ke tahap tersebut mudah-mudahan anda tidak akan tewas.

Khasiatnya ialah senaman yang menjadi amalan orang tua-tua itu akan dapat menegangkan za*** anda dan ia menjadi keras apabila hendak berjimak. Anda tidak mudah tewas apabila melakukan jimak.

Mudah-mudahan anda berjaya.

Selamat mencuba.

Disedut dari Koleksi Misteri Mac 1998.

Dikendalikan oleh Tok Penan. Halaman 96.