Buku ini merupakan salah satu buku yang saya beli semasa zaman mengaji dulu. Antara buku yang baik sebagai rujukan(dalam bahasa Malaysia) kepada sesiapa yang berminat dalam bidang sejarah dan Tamadun Islam. Prof. Madya(ketika itu) Dr Marzuki Haji Mahmood merupakan salah seorang pensyarah yang kami hormati keilmuannya dalam bidang Tamadun Islam. Jika ada para pelajar yang berminat, bolehlah jumpa saya untuk meminjamnya.
SELAMAT DATANG KE RAZAKPEDIA
PERPUSTAKAAN KECIL MAYA ANDA. BERKONGSI PELBAGAI MAKLUMAT BLOG INI AKAN MENJADI PUSAT SEHENTI BERKAITAN DENGAN BAHAN-BAHAN SERTA RUJUKAN UNTUK KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH JABATAN PENGAJIAN AM DI POLITEKNIK
Monday, January 13, 2014
Razakpedia Sedang Dibaik Pulih
Razakpedia.blogspot.com sedang dibaik pulih untuk keselesaan pengguna pada masa akan datang. Usaha-usaha berterusan sedang giat dijalankan agar razakpedia dapat berfungsi sepertimana objektif penubuhannya.
Semoga usaha kecil diberikan kemudahan oleh Allah SWT demi dunia dan akhirat jua.
Tuesday, December 10, 2013
Masalih al Mursalah, Istihsan dan Istishab
Sebenarnya perbincangan mengenai topik ini susah untuk dijelaskan dalam bentuk tulisan ringkas ini. Namun harapnya sedikit dapat membantu orang yang bertanya. Ini mungkin hanya 1% peratus daripadanya sahaja.
Masalih al-mursalah
Secara ringkas masalih al mursalah bolehlah diistilahkan sebagai penetapan hukum yang tidak dinyatakan oleh al-Quran, sunnah dan ijmak tetapi
berdasarkan pertimbangan menarik kebaikan dan menolak keburukan dalam kehidupan
masyarakat.
Antara
contohnya ialah harus bagi pemerintah yang adil mewajibkan orang-orang yang kaya
untuk mengeluarkan sejumlah wang yang ditetapkan bagi menambah tentera dan
alat-alat keperluan perang untuk mempertahankan Negara jika wang perbendaharaan
tidak mencukupi untuk membayarnya. Ini adalah merupakan masalih al-mursalah
kerana tidak ada suatu dalil yang khusus menegaskan atau melarang perbuatan itu
bahkan ia merupakan usaha yang baik dan mendatangkan kepentingan awam kepada
masyarakat iaitu dengan angkatan tentera yang kuat dapat dipertahankan
masyarakat dari ancaman musuh.
Contoh
hukum-hukum yang dibina berasaskan maslahah antara lain ialah mengumpulkan
al-quran dalam satu mushaf oleh Abu Bakar, mewujudkan penjara, diharuskan mengambil cukai daripada orang yang kaya
selain dari zakat apabila kepentingan negara memerlukannya bagi membangun
kekuatan tentera atau menbina keperlua-keperluan dan kemudahan
asas.
Istihsan dari segi bahasa ialah menganggap sesuatu itu baik atau sesuatu yang disukai oleh seseorang serta cenderung ke arahnya sekalipun dipandang buruk (tidak disukai) oleh orang lain.
Hukum syarak menegah melakukan akad atau jual beli terhadap barangan yang tidak ada pada waktu akad. Berdasarkan Istihsan, harus akad pada jual beli saham, sewa menyewa, upah mengupah atau membuat tempahan atau semua bentuk urusan barangan yang tiada pada waktu akad. Hujah dan alasan penggunaan istihsan adalah kerana manusia memerlukan dan sudah menjadi kebiasaan mereka menjalankan urusan dengan cara tersebut.
Istishab pula ialah sesuatu keputusan yang dibuat oleh ulama mujtahid dalam sesuatu perkara yang telah dikaji daripada al-Quran dan al-Sunnah setelah mereka tidak menemui sesuatu dalil pun yang boleh mengubah hukumnya. Dalam keadaan tersebut, ulama mengekalkan sesuatu hukum itu dengan berasaskan hukum yang telah sedia ada kerana tiada sebarang dalil pun yang dapat mengubah hukum tersebut.
Contoh
Air pada asalnya adalah bersih dan dihukum bersih dan suci kecuali terdapat tanda-tanda yang menunjukkan air tersebut dikotori najis seperti berubah bau,warna atau pun rasa.
Diringkaskan seringkas mungkin untuk memberi sedikit kefahaman kepada yang bertanya. Seperti yang saya katakan di atas, info ringkas ini hanya mungkin mewakili 1% daripada perbincangan sebenar.
Namun diharap, ia membantu walaupun sedikit.
Thursday, October 24, 2013
Razakpedia Berubah Konsep
Bermula dua minggu lepas, razakpedia.blogspot.com telah berubah konsep. Sekarang ini razakpedia sedang bergerak secara perlahan-lahan menjadi pusat sehenti bagi para pelajar politeknik khususnya kursus-kursus yang ditawarkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral untuk mendapatkan nota-nota secara online dan juga mendapatkan bahan-bahan dari blog-blog serta laman-laman web terpilih.
Jika ada sesiapa terbaca blog ini dan ingin berkongsi bahan tetapi tiada tapak yang sesuai, bolehlah emailkan bahan-bahan serta alamat blog-blog dan web tersebut ke email saya ajaknordin@gmail.com. Kredit bukan dalam bentuk kewangan yang difikirkan sesuai oleh saya akan diberikan kepada para penyumbang.
Thursday, April 26, 2012
Bagaimana Manusia Boleh Mengingat
Berdasarkan Philip (1950), manusia boleh mengingat.
- Dibaca 10 %
- Mendengar 20 %
- Dilihat 30 %
- Didengar dan dilihat 50 %
- Disebut atau diucap 70 %
- Yang dilakukan 90 %
Sumber : Abd. Rahman Daud.1999. Teknologi Pendidikan(Konsep, Peranan dan Perkembangan), 137-138.
Monday, October 10, 2011
Teknik-Teknik Berjalan Dengan Betul
Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.
- Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
- Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
- Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.
- Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.
- Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
- Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.
- Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.
Diringkaskan dari sini
Kira Sasaran Denyutan Jantung Anda
Kira Sasaran Denyutan Jantung Anda :
220 - umur x 60% Denyutan Jantung
Contoh:Jika umur anda 70 tahun
220 - 70 = 150
150 x 0.60 = 90
150 x 0.90 = 135
Contoh:Jika umur anda 70 tahun
220 - 70 = 150
150 x 0.60 = 90
150 x 0.90 = 135
- Cuba kekalkan denyutan jantung di antara 90 dan 135 seminit.
- Dapatkan nasihat doktor jika:
1. Denyutan jantung semasa berehat berdekatan atau melebihi sasaran denyutan jantung anda
2. Anda sedang mengambil rawatan ubatan yang boleh memperlahankan denyutan jantung.
2. Anda sedang mengambil rawatan ubatan yang boleh memperlahankan denyutan jantung.
- Untuk mendapatkan denyutan jantung anda. Mempalpat denyutan nadi di pergelangan tangan selari dengan pangkal ibu jari.
- Untuk mengira denyutan jantung anda, mempalpat denyutan nadi selama10 saat. Keputusannya digandakan dengan 6.
Disedut dari sini
Subscribe to:
Posts (Atom)