Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Monday, January 13, 2014

Buku Untuk Rujukan

Buku ini merupakan salah satu buku yang saya beli semasa zaman mengaji dulu. Antara buku yang baik sebagai rujukan(dalam bahasa Malaysia) kepada sesiapa yang berminat dalam bidang sejarah dan Tamadun Islam. Prof. Madya(ketika itu) Dr Marzuki Haji Mahmood merupakan salah seorang pensyarah yang kami hormati keilmuannya dalam bidang Tamadun Islam.  Jika ada para pelajar yang berminat, bolehlah jumpa saya untuk meminjamnya.

Razakpedia Sedang Dibaik Pulih

Razakpedia.blogspot.com sedang dibaik pulih untuk keselesaan pengguna pada masa akan datang. Usaha-usaha berterusan sedang giat dijalankan agar razakpedia dapat berfungsi sepertimana objektif penubuhannya. 

Semoga usaha kecil diberikan kemudahan oleh Allah SWT demi dunia dan akhirat jua.

Thursday, October 24, 2013

Razakpedia Berubah Konsep

Bermula dua minggu lepas, razakpedia.blogspot.com telah berubah konsep. Sekarang ini razakpedia sedang bergerak secara perlahan-lahan menjadi pusat sehenti bagi para pelajar politeknik khususnya kursus-kursus yang ditawarkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral untuk mendapatkan nota-nota secara online dan juga mendapatkan bahan-bahan dari blog-blog serta laman-laman web terpilih. 

Jika ada sesiapa terbaca blog ini dan ingin berkongsi bahan tetapi tiada tapak yang sesuai, bolehlah emailkan bahan-bahan serta alamat blog-blog dan web tersebut ke email saya ajaknordin@gmail.com.   Kredit bukan dalam bentuk kewangan yang difikirkan sesuai oleh saya akan diberikan kepada para penyumbang.

Tuesday, May 3, 2011

Zinon Husin-Wanita Melayu Pertama Menawan Puncak Kallapatar

Zinon Husin-Wanita Melayu Pertama Menawan Puncak Kallapatar iaitu gunung kedua tertinggi di dunia yang terletak di Katmandu, Nepal. Bermula apabila dia dan rombongan bertolak ke Katmandu, Nepal  pada 24 Oktober 1997.

Perjalanan mendaki Kallapatar mengambil masa selama sembilan hari.

Diceritakan bahawa puncak gunung Everest juga dapat dilihat dari puncak Kallapatar.

Untuk membaca lagi pengalaman tersebut bolehlah dapatkan Koleksi Misteri Mac 1998. Halaman 10-15.

Wednesday, April 20, 2011

Angkara Tidur Dan Menonton Semasa Bekerja


A plane carrying First Lady Michelle Obama was forced to abort a landing at Andrews Air Force Base outside Washington Monday when it came too close to a cargo jet already on the runway.

Federal officials tell the Washington Post the incident was caused by an air traffic controller's mistake. The mishap comes as the Federal Aviation Administration deals with fallout over air traffic controllers caught sleeping and watching movies while on the job-Sumber

Monday, April 18, 2011

Pesawat Ringan Masa Depan

Sebenarnya terdapat konsep kapal terbang baru diperkenalkan yang menggabungkan teknologi kapal terbang dan belon udara yang dikenali sebagai Aeroscraft.

Prototaip pesawat Aeroscraft yang dijangka siap dibina menjelang 2010(ketika artikel asal ini ditulis pada Oktober 2008-p) boleh digunakan untuk membawa kargo atau penumpang dengan enjin yang senyap. 

Pesawat ini seperti pesawat lighter-than-air yang juga dikenali sebagai pesawat belon yang banyak digunakan untuk tujuan pengiklanan di udara. 

Bagaimanapun, konsep baru pesawat hibrid ini ialah menggabungkan teknologi belon udara yang menggunakan helium dan rupa bentuk seperti pesawat.

Kelebihan pesawat ini sudah tentu kerana ia tidak memerlukan landasan untuk terbang dan mendarat kerana ia terbang seperti belon udara yang diperkenalkan oleh dua syarikat Zeppelin Company dan Worldwide Aeros Corporation.

Cara Operasi 

Pesawat lighter-than-air ini menggunakan gas seperti helium atau hidrogen untuk terapung di udara dan menggunakan tekanan angin untuk meluncur ke hadapan.

Aeroscraft mempunyai kemampuan menyimpan 14 juta kaki padu helium yang merupakan 60 peratus daripada keberatan keseluruhan kapal terbang.

Saiz Aeroscraft ialah 165 kaki tinggi, 244 kaki lebar dan 647 kaki panjang. Ia umpama dua padang bola dan boleh membawa lebih 400 tan kargo atau 250 penumpang untuk jarak perjalanan 6,000 batu.

Dengan kelajuan maksima 174 batu sejam, pesawat ini boleh melintasi Amerika Syarikat dalam masa 18 jam.

Pesawat ini boleh berlepas dan mendarat secara vertikal menggunakan enam enjin turbo dan sudah tentu sangat sesuai untuk mengambil barangan di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan jalan raya yang baik.

Apabila pesawat mencapai ketinggian 8,000 kaki, kipas gergasi di belakangnya akan berpusing untuk melncurkannya ke hadapan.

Sel bahan bakar hidrogen yang digunakan akan menggerakkan kipas tersebut dan seterusnya mampu bergerak dengan senyap dan mesra alam.

Kapal terbang ini juga mempunyai sistem imbangan tertentu bagi menstabilkan pesawat apabila misalnya ramai penumpang secara tiba-tiba bergerak ke sebelah kanan dan kiri pesawat untuk melihat sesuatu.

Aplikasi
  • Kapal terbang persiaran-mampu membawa sehingga 250 penumpang untuk menikmati pemandangan dari udara. Ia akan dilengkapi dengan tempat tidur, restoren, kasino, bilik mesyuarat dan sebagainya untuk kemudahan penumpang.
  • Menjadi pengangkut kargo. Sebelum ini, kargo-kargo untuk jarak dekat diangkut oleh lori, keretapi atau kapal tetapi Aeroscraft juga boleh mengambil peranan itu. Kelebihannya ialah ia tidak memerlukan landasan untuk berlepas atau mendarat dan memudahkan ia mengangkut barangan dari kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan seperti kawasan pendalaman, padang pasir dan sebagainya. Sangat sesuai untuk kegunaan angkatan tentera mengangkut peralatan mereka bagi menubuhkan kem-kem tentera di mana-mana.
  • Pesawat penumpang untuk perjalanan dekat dan kawasan tiada lapangan terbang. Pesawat ini mungkin sesuai digunakan untuk menjadi pesawat pengangkut ke kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak.
  • Kemampuannya membawa  air yang banyak membolehkan ia digunakan untuk memadamkan api bagi kebakaran besar seperti di hutan dan juga untuk tujuan menabur baja di ladang.
  • Di waktu bencana, ketika kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, pelabuhan dan lapangan terbang rosak, pesawat ini sangat sesuai untuk menjadi pesawat penyelamat.
Disedut dari estidotmy Oktober 2008. Halaman 29. Tulisan asal oleh Mohd. Ridzuan Iman.

Friday, April 1, 2011

Junko Tabei Wanita Pertama Sampai Di Puncak Gunung Everest


Pada 16 Mei 1975 Junko Tabei telah menjadi wanita pertama yang sampai di puncak Gunung Everest. Sebagai seorang isteri dan ibu Jepun yang taat setia, beliau terpaksa menghadapi cabaran mengutip wang untuk membiayai ekspedisi-ekspedisi beliau dan membesarkan anaknya di samping menumpukan perhatian kepada impiannya. Beliau telah mendaki kemuncak gunung-gunung tertinggi di 20 daripada 167 negara anggota Bangsa-Bangsa Bersatu dan berhasrat melakukan yang sama terhadap 147 negara yang tinggal baki.

Sumber : Buku Berani Gagal. Billi P.S. Lim. Muka surat 303. Dengan sedikit penyesuaian tarikh berdasarkan sumber ini.

Saintis Sepanyol Mencari Bahan Bakar Masa Depan

ALICANTE, Spain (AFP) – In a forest of tubes eight metres high in eastern Spain scientists hope they have found the fuel of tomorrow: bio-oil produced with algae mixed with carbon dioxide from a factory.

Almost 400 of the green tubes, filled with millions of microscopic algae, cover a plain near the city of Alicante, next to a cement works from which the C02 is captured and transported via a pipeline to the "blue petroleum" factory.

The project, which is still experimental, has been developed over the past five years by Spanish and French researchers at the small Bio Fuel Systems (BFS) company.

At a time when companies are redoubling their efforts to find alternative energy sources, the idea is to reproduce and speed up a process which has taken millions of years and which has led to the production of fossil fuels.

"We are trying to simulate the conditions which existed millions of years ago, when the phytoplankton was transformed into oil," said engineer Eloy Chapuli. "In this way, we obtain oil that is the same as oil today."

The microalgae reproduces at high speed in the tubes by photosynthesis and from the CO2 released from the cement factory.

Every day some of this highly concentrated liquid is extracted and filtered to produce a biomass that is turned into bio-oil.

The other great advantage of the system is that it is a depollutant -- it absorbs the C02 which would otherwise be released into the atmosphere.

"It's ecological oil," said the founder and chairman of BFS, French engineer Bernard Stroiazzo-Mougin, who worked in oil fields in the Middle East before coming to Spain.

"We need another five to 10 years before industrial production can start," said Stroiazzo-Mougin, who hopes to be able to develop another such project on the Portuguese island of Madeira.

"In a unit that covers 50 square kilometres, which is not something enormous, in barren regions of southern Spain, we could produce about 1.25 million barrels per day," or almost as much as the daily export of oil from Iraq, he said.

BFS, a private company, hopes to negotiate "with several countries to obtain subsidies for the installation of artificial oil fields," he said.

Other similar projects being studied in other parts of the world.
In Germany, the Swedish energy group Vattenfall last year launched a pilot project in which algae is used to absorb carbon dioxide from a coal-fired power plant.

US oil giant ExxonMobil plans to invest up to $600 million in research on oil produced from algae.
Companies, in particular those in the aeronautic sector, have shown keen interest in this research, hoping to find a replacement for classic oil.
Kredit

Tuesday, January 25, 2011

Jumlah Hari Tahun Hijrah Dan Tahun Masihi

Tahun Hijrah mempunyai 354 hari dan tahun Masihi pula mempunyai 365 hari.

Salam Perkongsian.

Monday, January 17, 2011

Planet Pluto-Terkecil, Tersejuk Dan Terjauh







Planet pluto diketahui pertama kali oleh Clyde William Tombaugh melalui teleskop di Obserbatorium Lowell-Flasgstaff, Arizona Amerika Syarikat pada 18 Februari 1930.

Gambar-gambar planet itu diambil oleh Clyde William pada 23 dan 28 Januari. Penemuan itu telah diumumkan pada 13 Mac 1930.

Salam Perkongsian.


Saturday, January 1, 2011

Ayam Organik HPA

HPA  turut menjual ayam organik untuk kegunaan para pengguna.

Antaranya yang diuruskan oleh HPA FARM SDN.BHD yang beralamat ;

Pusat Proses Ayam(PPA) Kodiang
Batu 5 3/4 Jln Kodiang Changlun,
06100 Kodiang, Kedah.
No. Tel : 04-9257741
Fax : 04-9257736

Lokasinya terletak di Batu 5 3/4 Jalan Kodiang Changlun. Jika dari pekan Changlun jaraknya lebih kurang 9 kilometer.

Jika dari Arau Perlis, anda perlu membelok ke kiri apabila sampai di satu-satunya lampu isyarat di pekan Kodiang. Jarak kilometernya adalah seperti di atas dan pusat tersebut terletak di sebelah kiri jalan. Jika anda dari Jitra bermakna anda perlu membelok ke kanan apabila sampai di lampu isyarat tersebut.

Jika dari pekan Changlun, mercu tanda utama ialah lampu isyarat berhampiran dengan restoran 24 jam iaitu Restoran Five Star dan juga Pasaraya Awang. 

Dari Bukit Kayu Hitam, anda perlu membelok ke kanan, dari Jitra anda perlu membelok ke kiri dan jika dari Sintok anda hanya perlu jalan terus apabila tiba di lampu isyarat tersebut sehinggalah sampai ke lokasi yang dimaksudkan.   Seperti yang dinyatakan di atas, jaraknya lebih kurang 9 kilometer. Pusat tersebut terletak di sebelah kanan jalan menuju pekan Kodiang.

Jika anda melalui jalan ini, akan menemui Pusat Matrikulasi Kedah yang terletak di sebelah kiri jalan kira-kira 1 kilometer dari pekan Changlun.


Salam perkongsian.