Monday, April 18, 2011

Ikan Keli Kaya Lemak Omega 3

Hidangan ikan keli kini semakin diterima sebagai sumber makanan harian yang enak dan kaya dengan protien.

Selain protien, ikan keli juga kaya dengan asid lemak Omega-3 yang mempunyai pelbagai kelebihan dan kebaikan terhadap kesihatan manusia.

Antara kelebihannya adalah seperti meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf, memulihkan radang dan mengurangkan kadar bengkak pada sendi.

Selain itu, ia juga mampu untuk mengurangkan kadar risiko sakit jantung dan baik untuk perkembangan otak kanak-kanak.

Disedut dari agrobiz November 2008. Muka surat 19.