Monday, April 18, 2011

Daun Kelapa Sawit Sebagai Teh

R&D yang dijalankan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Putra Malaysia (UPM) diketuai oleh Prof. Dr Suhaila Mohamed berjaya menukarkan daun kelapa sawit sebagai teh.

Dipercayai R&D pertama seumpamanya di dunia, penemuan ini meletakkan kajian produk nilai tambah kelapa sawit sangat tinggi prestijnya apatah lagi teh daun kelapa sawit itu turut dikesan mengandungi bahan aktif polyphenols.

Bahan aktif polyphenols mampu bertindak sebagai agen antioksidan dan berpotensi mencegah risiko penyakit kardiovaskular selain bertindak sebagai agen kepada anti tekanan darah tinggi dan antiobesiti.

Ia secara tidak langsung berperanan melindungi organ-organ tertentu di dalam badan termasuk hati, buah pinggang dan tisu-tisu jantung.

Melihat kepada kelebihan itu, daun kelapa sawit boleh diproses dan dijadikan makanan kesihatan sampingan termasuk sebagai minuman teh, kordial, tablet dan coklat.

Disedut dari estidotmy Januari 2008. Muka surat 8.