Monday, April 18, 2011

Kelebihan Susu Dan Daging Kambing

Susu Kambing Kaya Dengan Nutrien
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa susu kambing mempunyai rasa yang lazat dan sedikit manis berbanding susu lembu.

Ia amat kaya dengan pelbagai unsur makanan yang berkhasiat seperti protien, asid amino, lemak, karbohidrat, vitamin B12, fosforos dan kalsium.

Kajian juga mendapati bahawa susu kambing mengandungi unsur mikronutrien yang dapat memberi banyak faedah kepada manusia.

Selain itu, ia juga dikatakan sebagai suplemen pemakanan yang lengkap iaitu menyamai komposisi pada susu ibu.

Kalsium pada susu kambing mempunyai banyak fungsi iaitu memberi kekuatan dan menambah densiti tulang serta mampu menghalang serangan sel-sel kimia yang boleh menyebabkan penyakit kanser dan pereputan tulang.

Daging Kambing Berkhasiat 
Pengambilan daging kambing atau secara saintifiknya dikenali sebagai 'chevon' merupakan 63 peratus daripada daging merah yang dipilih oleh penduduk dunia terutama dari negara-negara seperti Asia Barat, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Caribbean.

Daging kambing sebenarnya mudah dihadam serta mengandungi kandungan lemak dan kalori yang rendah. 

Ia juga kaya dengan zat besi, potassium, thiamin serta kesemua asid amino asas yang dapat membekalkan sumber protien berkualiti tinggi.

Kajian membuktikan bahawa pengambilan daging merah paling sesuai untuk individu yang mempunyai darah jenis O, B dan AB.

Di Malaysia, sebanyak 75 peratus daripada rakyat memiliki jenis-jenis darah tersebut.

Dipetik dari agrobiz Oktober 2008. Muka surat 18.